Badminton

BAM akan ubah struktur kejurulatihan – Norza


Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan mengumumkan penstrukturan baharu membabitkan jurulatih dan pemain minggu depan.

Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria berkata, perubahan struktur itu bakal menyaksikan wakil negara lebih kompetitif dan mampu mencipta kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) akan membuat pengumuman berkaitan penstrukturan semula itu dalam masa terdekat ini.

Katanya, perubahan itu juga bukan saja merangkumi perubahan struktur membabitkan kejurulatihan namun juga memberi penilaian kepada setiap pemain untuk tindakan susulan.

“Datuk Kenny Goh daripada C&T akan umumkan ada perubahan daripada struktur kejurulatihan dan juga pemain-pemain.. Jadi kita tunggu berita selanjutnya nanti.

“Fokus kita pertama untuk persiapkan pemain menyertai kejohanan lemting supaya dapatkan tingkatkan bakat yang ada di peringkat tertinggi,” katanya ketika ditemui pada sidang media, Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini, sebentar tadi.

Terdahulu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidi, hari ini mengadakan lawatan ke ABM di atas kapasitinya sebagai Penaung BAM.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: