
INDONESIA yang bakal membuat penampilan pertama Piala AFF 2020 menentang Kemboja malam ini menyifatkan kekalahan lawan kepada Malaysia memberikan keyakinan buat mereka untuk meraih tiga mata.
Ketua jurulatihnya, Shin Tae Yong berkata, tiga mata seharusnya diraih pada aksi di Stadium Bishan, malam ini.
” Saya menyaksikan perlawanan Kemboja menentang Malaysia sebelum ini, kami telah membuat persiapan dengan cara yang betul dan saya yakin kami boleh memperoleh keputusan yang baik.
“Kami akan mempamerkan corak permainan menyerang dan bermain bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan itu,” kata pemain itu. bekas jurulatih Republik Korea.
Indonesia yang turut berada dalam Kumpulan B bersama Malaysia, Vietnam, Laos dan Kemboja hanya menyaksikan tiga mata diraih Malaysia pada pertembungan menentang Kemboja, Isnin lalu.





Add Comment