Bola Sepak

Piala AFF 2020: “Kami sudah diisi dengan mentaliti juara” – Asnawi


Asnawi (kiri) semasa beraksi bersama Ansan Greeners di K League 2 di Korea Selatan. FOTO ANSAN GREENERS FC

Oleh: AMMAR HAZIQ

PERTAHANAN pasukan kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam menjelaskan pasukan Garuda akan hadir dengan mentaliti juara pada setiap perlawanan Piala AFF 2020 di Singapura dalam usaha merebut kejuaraan pada edisi kali ini.

Pemain berusia 22 tahun dan beraksi di kelab K League 2, Ansan Greeners berkata, mentaliti juara yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Shin Tae-yong akan membantu semua pemain beraksi pada tahap terbaik pada setiap perlawanan.

Menurutnya, diundi dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Malaysia, dia mengakui skuad Garuda bakal berdepan laluan yang bukan mudah.

“Semua pasukan semakin menunjukkan prestasi yang baik. Kami tidak boleh anggap remeh, kami hanya perlu mengikut apa yang direncanakan oleh jurulatih sahaja

“Kami hadir ke sini bukan untuk sebagai naib juara tetapi sebagai juara,” katanya semasa dipetik melalui wawancara di Facebook Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada Rabu.

Indonesia bakal turun pada aksi pertama mereka bagi saingan Kumpulan B dengan bertemu Kemboja pada malam Khamis.

Pemain-pemain Indonesia menjalani latihan sebelum aksi kedua Kumpulan B bertemu Kemboja malam inii. Foto: PSSI

Asnawi berkata, jurulatih mereka memberikan penekanan kepada aspek bahawa semua pemain perlu mempunyai mental kuat, beraksi pada tahap prestasi yang baik selain mempunyai mentaliti sebagai seorang juara setiap kali diturunkan.

“Persiapan pasukan juga berada pada tahap baik kerana kami sudah berada lebih awal di Singapura. Kami juga sudah membuat persiapan untuk berdepan perlawanan pada 9 Disember ini (bertemu Kemboja).

“Pemain-pemain Indonesia sepenuhnya akan mengikuti arahan yang akan diberikan oleh ketua jurulatih kami dan kami akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan sebenar nanti,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: