Badminton

TGPLPA kembali lebih menyakinkan dengan cabaran baharu


Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League, Ho Khek Mong

SEBANYAK 10 pasukan bakal menyertai kejohanan Top Glove Purple League Pro-Am 2021 (TGPLPA) akan dilangsungkan pada penghujung Disember 2021.

Berbeza dengan edisi sulung tahun lalu, Top Glove Purple League Pro-Am pada tahun ini akan menjadi pentas buat pemain-pemain profesional bawah-23 tahun yang berpotensi untuk menyinar dan mengasah lagi bakat mereka apabila berpeluang untuk berentap sesama sendiri di seluruh negara.

Pada penganjuran musim lalu, kejohanan ini  telah menampilkan barisan bekas pemain kebangsaan antaranya Liew Daren, Lim Chi Wing, Yeoh Seng Zoe dan Soong Joo Ven yang menyaksikan Joo Ven muncul juara perseorangan lelaki selepas menewaskan seterunya Iskandar Zulkarnain pada perlawanan akhir.

Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League, Ho Khek Mong berkata, penganjuran kejohanan ini bagi merupakan platform buat semua pemain berstatus pemain kebangsaan mahupun profesional beraksi secara kompetitif dan secara tidak langsung dapat menggilap potensi mereka.

“Pentas ini juga akan dijadikan sebagai salah satu kejohanan tahunan di dalam kalendar untuk kelab- kelab badminton negara menyuntik semangat buat pemain mereka untuk terus berlatih bersungguh- sungguh,” katanya.

Undian untuk TGPLPA pula akan dilangsungkan pada 8 Disember 2021 dan kejohanan dijadual berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya pada 21 hingga 26 Disember 2021.

Kejohanan ini akan dijalankan dalam format round robin dengan 2 pasukan setiap kumpulan akan beraksi di peringkat
separuh akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: