Badminton

Peng Soon umum ‘gantung raket’


Beregu campuran senior negara telah mencipta pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa. Peng Soon (belakang) umum persaraan pada Isnin. Foto: BAM

PEMAIN beregu campuran negara,  Chan Peng Soon membuat membuat kejutan dengan mengumumkan persaraannya dalam karier badminton selepas 13 tahun membawa bendera Malaysia di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 33 tahun kelahiran George Town itu membuat pengumuman di Instagramnya pada Isnin.

Peng Soon yang melakar pelbagai kejayaan bersama pasangan beregunya Goh Liu Ying memberitahu Jelajah Akhir Dunia minggu lalu adalah penampilannya yang terakhir.

“Bukan mudah untuk membuat keputusan ini selepas bertahun kami bergandingan bersama. Kami jatuh bersama, kami berjaya bersama.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan Willow (Liu Ying) dan terus bersama sepanjang 13 tahun ini.”

Selain merangkul pingat pada Sukan SEA bermula 2009 hingga 2017, Peng Soon juga turut meraih pingat emas pada Kejuaraan Asia (2010), pingat gangsa Sukan Komanwel (2018), perak (2014) dan pingat emas di New Delhi pada 2010.

Pada 2014, Peng Soon- Liu Ying membantu skuad negara merangkul pingat perak pada saingan Piala Thomas.

Kemuncak kariernya apabila pasangan ini merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik di Rio Janeiro 2016.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: