Badminton

ShekhinahPR taja Rawang BC buat kali keempat berturut-turut


Jeyaseelan (kiri) menerima replika cek penajaan daripada Christopher (kanan) sambil disaksikan Khek Mong.

AGENSI media media dan perhubungan awam sukan terkemuka negara, ShekhinahPR Sdn. Bhd tampil selaku penaja kepada Kelab Badminton Rawang (Rawang BC) menjelang saingan Liga Purple Remaja dan Top Glove Purple League Pro-AM.

Penajaan yang memasuki tahun keempat berturut-turut buar Rawang BC membabitkan nilai tajaan keseluruhan RM35,000 termasuk RM10,000 untuk tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Christopher Raj berkata, pihaknya sudah mengikuti perkembangan Rawang BC sejak beberapa tahun lalu dan saya gembira melihat kemajuan mereka, bukan saja di dalam gelanggang tetapi juga di luar gelanggang.

“Faktor ini yang mendorong kami untuk menyokong Rawang BC bagi tahun keempat berturut-turut,” katanya pada majlis penyerahan tajaan dan pelancaran jersi pasukan berlangsung di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Purple League, Ho Khek Mong;dan Pengurus Pasukan Rawang BC, Jeyaselan Anthony.

Dalam perkembangan sama, Jeyaseelan ternyata terharu dengan sokongan berterusan dari ShekhinahPR yang tidak pernah jemu memberi motivasi tambahan buat pasukan itu.

“Bagi pihak kelab, saya mengucapkan terima kasih kepada ShekhinahPR kerana sentiasa percaya dan yakin dengan hala tuju dan visi Rawang BC,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: