Badminton

Zii Jia sekali lagi tarik diri, “Pinggang dia belum sembuh sepenuhnya”


Zii Jia terpaksa menarik diri pada set pertama ketika bertemu pemain Denmark pada Kejohanan Indonesia Masters hari ini. Foto: BAM

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia sekali lagi terpaksa menarik diri ketika perlawanan berlangsung.

Kali ini pemain berusia 23 tahun itu tidak lagi mampu menanggung kesakitan di bahagian pinggangnya sekaligus memaksa dia menarik diri ketika bertemu pemain bukan pilihan dari Denmark, Rasmus Gemke dengan kedudukan 9-11 pada aksi Kejohanan Indonesia Masters.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan memberitahu bahawa pinggang Zii jia masih belum sembuh sepenuhnya.

“Dia masih merasai kesakitan dan kita tidak akan paksa Zii Jia untuk terus bermain.

“Kita akan terus pantau keadaan Zii Jia kerana masih ada kejohanan minggu depan,” jelasnya kepada media.

Sebelum ini, jaguh perseorangan negara ini turut mengalami kesakitan yang sama ketika Terbuka Hylo Jerman pada aksi akhir minggu lalu.

Difahamkan, sebahagian pemain-pemain badminton negara kini berdepan dengan masalah keletihan berikutan mengharungi lima kejohanan berturut-turut sejak September lalu bermula dengan dengan Piala Sudirman.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d