EPL

Rangnick idamkan Werner


Ragnick dan Werner pernah bekerja bersama di RB Leipzig.

PENGURUS sementara Manchester United, Ralf Rangnick dikhabarkan telah mensasarkan beberapa pemain yang bakal dibawa masuk menjelang jendela perpindahan Januari nanti.

Pemain pertama yang bakal dibawa masuk ialah penyerang Chelsea, Timo Werner memandangkan kedua-dua mereka pernah bekerja bersama di RB Leipzig dimana Werner sudah pasti mengenali falsafah permainan Rangnick.

Namun ketika ini berkemungkinan Manchester United hanya akan menghampiri Werner pada musim panas depan, kerana Chelsea dilaporkan tidak akan mempertimbangkan pilihan untuk menjual pemain pada Januari.

Pada masa sama, slot penyerang Man United juga masih penuh, dan memerlukan 1-2 pemain untuk dilepaskan terlebih dahulu untuk dapat memberi ruang kepada Werner.

Cristiano Ronaldo, Marcus Rashford, dan Mason Greenwood masih menjadi tonggak utama. Edinson Cavani masih dalam kontrak sehingga akhir musim ini, dan Anthony Martial juga masih ada walaupun jarang bermain.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: