
Oleh: SURYATI MOHD NOR
KELIBAT pengadil dalam aksi perlawanan akhir sentiasa menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi bagi di Malaysia yang sedia maklum sentiasa ‘ada sahaja yang tidak kena’.
Namun berbeza pula dengan aksi Piala Malaysia 2021 yang menyaksikan Kuala Lumpur FC menang 2-0 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa malam yang dilihat berjalan lancar dan tenang tanpa kritikan terhadap pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali.
Malah di ‘timeline’ media sosial tenang tanpa kritikan, kutukan dan luahan negatif terhadap Razlan sekaligus seakan bersetuju dengan segala keputusan Razlan adalah adil.
Sepanjang 90 minit perlawanan, Razlan dilihat tenang, namun tegas dalam setiap keputusan yang dibuat. Tiada kontroversi. Tiada pergolakan serius di atas padang dan bijak menguruskan beberapa adegan panas melibat pemain-pemain kedua-dua pasukan.
Disebalik sejarah 100 tahun Final Piala Malaysia @KLCityFootball vs JDT, ada Pengadil yang cemerlang dari Terengganu mengandalikannya.
Razlan Joffri Ali @ Abang Leh | bekas Pemain Piala Presiden B21 @FCTerengganu 2003 & pernah beraksi dgn Skuad Olimpik @harimaumalaya7 2006/2007 pic.twitter.com/tUCGHjH1vG
— Football Terengganu (@FootballTRG) November 30, 2021
Sebaik sahaja tamat perlawanan, nama Razlan turut menjadi tumpuan, segelintir peminat bola sepak mahu mengenali lebih lanjut siapa pengadil Razlan ini.
Perkongsian Football Terengganu di Twitter mengenai Razlan merungkai sedikit sebanyak latar belakang pengadil berusia 36 tahun ini kelahiran Terengganu menarik minat ‘kaki bola’.
Di atas kertas, latar belakangnya amat menarik untuk di ketahui yang mana dia sebenarnya merupakan bekas pemain skuad Piala Presiden negerinya, serta pemain skuad Olimpik 2006/2007.

Malah Razlan juga pernah menyarung jersi beberapa kelab awal sebelum ini antaranya PKNS FC, Proton FC dan Sime Darby.
Dalam masa yang sama Razlan berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.
Namun kariernya sebagai pemain berubah selepas 2013 apabila dia mula menceburkan diri dalam pengadilan untuk liga sosial, setahun kemudian bergelar Pengadil Liga FAS.
Tahun 2015, langkah maju ke depan apabila dilantik sebagai Pengadil PialaBelia, Piala Presiden dan Piala FAM.
Juga mempunya Sijil Kejurulatihan. Berdaftar dibawah Pengadil Selangor, kini beliau telah mempunyai kelayakan Pengadil @FIFAcom & @theafcdotcom
Kalau lah @RazlanJoffri jaga Semi Final 1 baru ning. Tapi kang bias pulok deh ??#FootballTrg#BeyondBorders pic.twitter.com/TurjaJkK4U
— Football Terengganu (@FootballTRG) November 30, 2021
Dengan pengalaman bermula di peringkat bawah, Razlan mendaftar dirinya sebagai Pengadil Kebangsaan pada tahun 2015-2017.
Tidak lagi toleh ke belakang, pada 2018 sehingga sekarang Razlan merupakan pengadila Fifa / Elite AFC.
Tahniah Razlan yang berjaya mengubah perspektif negatif terhadap pengadil Liga Malaysia.
Berakhirnya Piala Malaysia 2021, bermakna tirai Liga Malaysia tahun ini secara rasminya ditutup dan pastinya pengalaman musim ini menjadi kenangan paling mahal memandangkan pertama kali dianjurkan dengan penuh SOP ketat berikutan pandemik Covid-19.







Add Comment