
PERSATUAN Bolasepak Singapura (FAS) mengumumkan kebenaran kehadiran penyokong-penyokong ke stadium sepanjang berlangsung Kejohanan Piala AFF Suzuki bermula 5 Disember ini.
Susulan daripada itu FAS turut mengumumkan harga tiket yang akan dijual bermula esok (28 November) dengan harga 25 dolar sekeping (RM77.32) untuk dewasa dan 12 dolar (RM37.11) bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Seramai 10,000 penonton akan dibenarkan masuk ke stadium dalam setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional berkapasiti 55,000 orang.
#News |? FANS ARE ALLOWED AT AFF SUZUKI CUP 2020
Football Association of Singapore (FAS) announced ticket details for the AFF Suzuki Cup.??Tickets for each matchday, priced at $25 each for adults and $12 each for children aged 12 and under, will go on sale from noon on 28.11 pic.twitter.com/PP4QaVIxOR
ā ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 27, 2021
Manakala bagi Stadium Bishan yang berkapasiti 6,000 orang hanya dibenarkan masuk untuk 1,000 penyokong sahaja.
Sebanyak 10 pasukan bakal beraksi pada edisi tahun ini dengan menyaksikan Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura dan Timor Leste berada dalam Kumpulan A.
Manakala bagi Kumpulan B diwakili Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.





Add Comment