EPL

Mural Solskjaer mula dipadam di Old Trafford


Kelihatan pekerja mula memadam imej Solskjaer di Old Trafford.

MANCHESTER United dilihat bersedia memulakan era baharu pengurusan kelab dengan memadam mural gergasi Ole Gunnar Solskjaer.

Ia berikutan pemecatan Solskjaer sebagai pengurus setelah mempamerkan aksi tidak konsisten sepanjang musim ini, lebih-lebih lagi selepas dimalukan Watford 1-4 minggu lalu.

Tiga pekerja dilihat memadam imej mural pengurus berusia 48 tahun itu di Old Trafford.

Michael Carrick dilantik sebagai ‘penjaga’ skuad sementara kelab sedang mengintai pengganti yang baharu.

Menariknya, Carrick terus merekodkan kemenangan pertama ketika Red Devils bertemu Villareal pada Selasa untuk memastikan kedudukan terbaik dalam pusingan kalah mati aksi Liga Juara-Juara.

United kini telah mengenal pasti lima calon terbaik bagi menguruskan skuad termasuk bos Paris Saint-Germain (PSG) Mauricio Pochettino.

Turut dikaitkan adalah bekas pengendali Barcelona Ernesto Valverde serta jurulatih Roma Paulo Fonseca.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: