Bola Sepak

‘Saat tegang’ menjelang aksi suku akhir kedua, JDT tidak lupa barisan hadapan


PERTEMUAN suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 menjadi taruhan penting untuk melangkah ke aksi seterusnya.

Lapan pasukan berentap untuk mengisi slot ke separuh akhir dan antara perlawanan tumpuan melibatkan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang sering dianggap antara pertembungan menarik.

Dengan keputusan seri 0-0 pada aksi suku akhir pertama Ahad lalu, pastinya persembahan dramatik bakal berlaku di Stadium Sultan Ibrahim malam esok.

Masing-masing pastinya sudah membuat analisis kelemahan-kelemahan yang ada serta menambah ‘ramuan’ untuk persiapan rapi.

Namun di sebalik ‘tempoh tegang’ menjelang aksi hangat ini, JDT tidak pernah lupa dengan pengorbanan individu-individu di luar padang yang telah banyak membantu memerangi pandemik Covid-19 sebelum ini.

Tanpa barisan hadapan, pastinya sehingga kini aksi bola sepak masih ‘bercuti’.

Susulan daripada itu, bagi menghargai jasa-jasa mereka, JDT telah mengagihkan tiket-tiket pusingan kedua suku akhir ini kepada petugas barisan hadapan yang bertuah.

“Ini selaras dengan titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor agar tiket tersebut diberikan bagi menghargai jasa-jasa mereka,” kongsi OfficialJohor di Instagram rasminya.

Tiket-tiket tersebut diberikan kepada jururawat-jururawat dan juga anggota polis yang bertuah.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: