Bola Sepak

Azri akui permulaan baik ke skuad senior, penuhi harapan arwah ayah


Azri antara tiga penjaga gol yang dipanggil Cheng Hoe bagi kem latihan pusat menjelang Piala AFF Suzuki bulan depan.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENJAGA gol muda negara yang semakin meningkat naik, Muhammad Azri Abdul Ghani ternyata gembira dan bersyukur dengan panggilan ke kem latihan skuad Harimaau Malaya.

Pemain berusia 22 tahun ini menjadi perhatian selepas mempamerkan aksi terbaik ketika Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun di Mongolia bulan lalu yang menyaksikan gawangnya tidak dibolosi dengan sebarang gol dalam tiga perlawanan.

“Alhamdullilah. Syukur pertama kali dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya. Ia permulaan baik bagi saya untuk menyertai skuad senior negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ‘ditendang’ dari SSBJ gara-gara pendek, kini Azri ada misi tersendiri

“Memang inilah impian saya untuk menyarung jersi negara. Dan ia juga harapan arwah ayah saya (Abdul Ghani Sakmah) yang ingin lihat saya bersama pasukan Malaysia.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik ketika di kem latihan kelak,” jelasnya kepada Cakap Sukan.

Azri antara tiga penjaga gol yang dipanggil termasuk dua penjaga gol senior Khairul FahmI Che Mat dan juga Khairulazhan Khalid.

Azri masih terikat dengan kontrak Perak FC. Foto: Instagram AzriGhani30

Dalam pada itu, Azri turut mengakui dia masih bersama Perak FC biarpun pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini.

“Saya masih mempunyai kontrak dengan Perak FC setakat ini.

“Untuk masa akan datang saya belum pasti lagi kerana menghormati kontrak,” ujarnya ringkas.

Perak FC bakal beraksi dalam Liga Premier musim 2022 selepas gagal mengekalkan kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: