
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PASUKAN bola sepak pantai Malaysia yang diwakili Makrless Komii muncul pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF yang berlangsung di Pattaya.
Pasukan yang diwakili semua anak Terengganu seramai dua belas orang ini menumpaskan lawan sengit Thailand B dengan keputusan 5-3.
Dengan hanya empat pasukan yang menyertai kejohanan ini, Markless Komii memenangi kesemua perlawanan sekaligus menjuarai edisi keempat ini.
“Penyertaan disaat akhir dan kami hanya sempat berlatih empat hari sahaja. Alhamdulilah muncul juara kali ini.

“Saya memberi kredit kepada semua pemain kerana mempamerkan usaha yang baik. Juga kepada penaja dan semua yang menyokong kami,” jelas ketua jurulatih Wan Adremy Indera Wan Adnan kepada Cakap Sukan.
Menurut Wan Adremy yang juga bekas jurulatih bola pantai kebangsaan (2014-2015), rata-rata pemainnya kali ini adalah gabungan daripada pemain senior dan junior.

“Beberapa pemain senior negara ada bersama dan kerjasama yang baik menghasilkan keputusan kali ini.”
Kali pertama wakil Malaysia merangkul gelaran juara pada edisi pertama 2014 yang menyaksikan pasukan Kuantan Malaysia menewaskan Vietnam.
Add Comment