Bola Sepak

“Terima Kasih”, Tiada lagi kelibat Ryuji dalam skuad Harimau Kumbang


Ryuji akan kembali ke kelabnya Persija Jakarta selepas tamat kontrak pinjaman bersama Penang FC. Foto: Ryuji Instagram

PEMAIN pertahanan Penang FC Ryuji Utomo bakal pulang ke pangkuan kelabnya Persija Jakarta selepas kontraknya sebagai pemain pinjaman berakhir bulan ini.

Ryuji antara watak penting dalam skuad kendalian Tomas Truca, tiba di Pulau Pinang awal musim ini dalam membantu pasukan berada di tangga ketiga Liga Super yang berakhir bulan lalu.

Pemain kebangsaan Indonesia berusia 26 tahun ini memuatnaik status di laman Instagramnya mengucapkan terima kasih dengan sokongan sepanjang musim ini.

Malah dia juga mengakui musim yang menakjubkan bersama Penang FC dan berbangga menjadi sebahagian keluarga Harimau Kumbang.

Ryuji kembali menyertai Persija bagi saingan Liga 1 Indonesia tidak lama lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: