Bola Sepak

Piala AFF Suzuki 2020: Harimau Malaya perlu layak ke final


Mohd Yusoff (kanan) pada sidang media selepas majlis menandatangi perjanjian penajaan syarikat pewangi (air freshener) Little Joe dan FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia meletakkan sasaran kemunculan buat kali kedua berturut-turut skuad Harimau Malaya dalam pentas final Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 yang akan berlangsung di Singapura bermula 5 Disember ini.

Pengurusnya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, dia yakin skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mampu layak ke perlawanan akhir itu selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2018 yang menyaksikan Harimau Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada Vietnam secara aggregat 3-2.

“Agak lama tak menang Piala AFF, dah lebih 10 tahun namun setakat ini tak cakap nak jadi juara lagi cuma sasaran ke final dahulu,” katanya kepada media pada majlis menandatangi perjanjian penajaan syarikat pewangi (air freshener) Little Joe dan FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Pada kempen Piala AFF 2020, Malaysia diundi dalam Kumpulan B yang juga ‘kumpulan maut’ akan membuka tirai kempen menentang Kemboja pada 6 Dis, diikuti Laos (9 Dis) dan dua pertembungan epik menentang Vietnam (12 Dis) dan Indonesia (19 Dis) untuk meraih slot ke separuh akhir.

Sejak dipertandingkan pada 1996, Malaysia hanya pernah muncul juara sekali iaitu pada 2010 dengan menumpaskan Indonesia 4-2 secara aggregat.

Mengulas perjanjian penajaan syarikat pewangi (air freshener) Little Joe, Mohd Yusoff yakin penajaan Little Joe akan memberi nilai tambah kepada aspek komersial badan induk bola sepak negara itu dan juga Harimau Malaya.

“Hasil jualan produk pewangi edisi khas Harimau Malaya keluaran Little Joe yang dijual RM24 seunit itu juga akan disalurkan untuk pembangunan bola sepak negara,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: