Badminton

Peluang Zii Jia lunas dendam


Zii Jia berpeluang menebus kekalahannya ditangan Kean Yew pada aksi Terbuka Perancis sebelum ini.

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan berdepan pemain dari Singapura, Loh Kean Yew Singapura apabila mereka membuat perhitungan dalam aksi final Terbuka Hylo di Jerman pagi esok.

Sebelum ini ketika aksi pusingan pertama Terbuka Perancis, minggu lalu, Zii Jia yang juga pemain nombor lapan dunia dikejutkan dengan kekalahan di tangan Kean Yew  dengan keputusan 22-24, 14-21.

Namun pada aksi kali ini Zii Jia, 23, tampil sebagai pilihan kedua mengesahkan tiket ke final selepas menewaskan pemain India, K Srikanth 21-19, 22-20 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 44 minit, awal pagi tadi.

Kean Yew pula mara selepas menundukkan seorang lagi pemain India, Lakshya Sen 21-18, 21-12.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: