EPL

Man United benar-benar teruk – Roy Keane


LEGENDA bolasepak Manchester United, Roy Keane menyuarakan perbezaan kualiti dan corak keputusan ditampilkan bekas pasukannya ketika menentang Manchester City sesuatu yang memalukan hingga mereka mudah diperkotak-katikkan.

Tegasnya, skuad bimbingan Pep Guardiola itu seolah-olah berlatih dalam tempoh 90 minit itu dengan dominasi perlawanan lebih memihak lawan walaupun beraksi di Old Trafford.

“Ini sangat teruk. Terdapat perbezaan dalam kelas, kualiti dan membuat keputusan, atau anda boleh mengatakan segala-galanya.

“Saya tahu pepatah yang mengatakan lelaki dewasa menentang kanak-kanak, tetapi United benar-benar teruk,” ujar Keane, dipetik oleh Sky Sports.

Dalam masa sama, Keane secara khusus mengkritik prestasi barisan belakang Manchester United yang dilihat mudah dibolosi pemain lawan.

“Lihat Luke Shaw dan De Gea. Bagaimana mereka mendapat peluang untuk bermain dalam permainan ini?

” Mereka adalah pertahanan antarabangsa. Saya tidak dapat memahami pertahanan,”katanya.

Pada aksi berkenaan, tuan rumah terpaksa mengakui kelebihan Man City dengan kekalahan 0-2 hasil jaringan gol sendiri pertahanan Man United , Eric Bailly  pada minit ke-7  sebelum Bernardo Silva menjaringkan gol kedua dipenghujung babak pertama.

Man City kelihatan lebih hebat berbanding Man United sepanjang perlawanan apabila melakukan 16 percubaan (5 menepati sasaran), berbanding tuan rumah hanya 5 percubaan (1 menepati sasaran).

Man City yang merupakan penyandang juara Liga Perdana Inggeris cemerlang dalam penguasaan bola sehingga 68 peratus selain itu juga membuat 821 hantaran, atau dua kali ganda lebih banyak berbanding United hanya 389.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: