Badminton

Rexy Mainaky kembali bersama BAM bermula 1 Disember ini


Rexy akan memulakan tugasnya bersama BAM 1 Disember ini.

REXY Mainaky kembali menyertai barisan pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan bermula 1 Disember 2021 ini.

Bekas pemain beregu legenda Indonesia yang berusia 53 tahun ini akan bekerjasama dengan Pegarah Kejurulatihan Wong Choong Hann dan peranannya lebih kepada teknikal prestasi pemain-pemain beregu negara.

“Kami gembira Rexy akan menyertai pasukan kejurulatihan.

“Pelantikan ini amat penting bagi mengukuhkan kemajuan yang dicapai persatuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dalam usaha untu terus berjaya.

“Rexy mempunyai rekod dan pengalaman baik sebagai jurulatih. Dia akan diberi KPI spesifik untuk menghidupkan semula semangat dan motivasi pemain-pemain beregu muda,” jelas Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bekas pemenang pingat emas acara beregu lelaki Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu pernah membimbing pasukan negara selama tujuh tahun sebelum bergelar ketua jurulatih Filipina pada tahun 2012.

Setahun selepas itu Rexy kembali ke negaranya memegang jawatan Pengarah Prestasi Tinggi PBSI.

Pada 2017, dia meninggalkan jawatan itu dan menyertai Persatuan Badminton Thailand.

Namun dilaporkan dia tidak menyambung kontraknya bersama Thailand dan akan bersama BAM bulan depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading