
PASANGAN beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi wakil tunggal negara yang akan beraksi dalam saingan pusingan separuh akhir Terbuka Denmark.
Sze Fei-Nur Izzudin yang mengekutkan pasangan juara Piala Thomas 2020 Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia dalam aksi suku akhir bakal bertemu pasangan tuan rumah Kim Astrup-Ander Skaarup malam ini.
Ia sekaligus menyaksikan pertemuan keempat kedua-dua pasangan dengan rekod kemenangan sebelum ini menjadi milik gandingan pasangan Denmark itu.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung awal pagi ini juga menyaksikan perseorangan utama negara Lee Zii Jia tersingkir selepas tewas kepada pemain tuan rumah Viktor Axelsen dalam aksi yang sengit.
Axelsen yang memegang kedudukan kedua dunia juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 menang 21-19, 21-19 dalam tempoh 39 minit.
Add Comment