Lain-Lain

SUKPAR sasar 10,000 penyertaan – Shahidan


Shahidan (dua,kiri) menerima plak sebagai tanda pelancaran SUKPAR 2021.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta dalam Sukan Parlimen (SUKPAR) 2021 yang bakal berlangsung 22 Oktober sehingga 5 Disember ini.

Menterinya,  Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, kejohanan yang merupakan acara tahunan dan kini memasuki edisi kedua dengan tujuan untuk meningkatkan amalan bersukan dan menanamkan semangat perpaduan dikalangan komuniti Wilayah Persekutuan .

“SUKPAR yang mempertandingkan sukan di antara parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mula dianjurkan pada tahun 2019.

“SUKPAR 2021 kembali diadakan pada tahun in yang diadakan secara maya selepas tidak diadakan tahun lepas akibat pandemik Covid-19 bakalmenyaksikan enam jenis sukan dipertandingkan iaitu ESports – FIFA22 dan Mobile Legends: Bang Bang,
Virtual Run – Inidvidu 15km, Virtual Combat (Silat – seni/ Taekwondo – poomsae, Karate – kata) dan Archery Challenge (recurve, compound, barebow),” katanya pada majlis pelancaran SUKPAR 2021 , di Kementeriannya hari ini.

Shahidan berkata, penganjuran SUKPAR tahun in bagaimanapun agak berbeza apabila pemilihan sukan dibuat lebih berhati-hati bagi memastikan penganjuran pertandingan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, sama seperti sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 yang diadakan pada 9 Oktober lalu

“SUKPAR 2021 bagaimanapun diteruskan bagi merancakkan kembali aktiviti sukan dan gaya hidup aktif di kalangan komuniti Wilayah Persekutuan namun mash mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan khususnya selepas lama berperang dengan pandemik Covid-19,’ ” katanya.

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan turut mensasarkan keseluruhan lebih 500,000 viewership pada SUKPAR 2021 khususnya semasa penganjuran ESports yang mana permainan video FIFA22 merupakan penganjuran pertama yang dilaksanakan di Malaysia.

SUKPAR 2021 dianjurkan MSWP dengan kerjasama Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Kuala Lumpur, Persatuan Memanah Red Arrows Wilayah Persekutuan, Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Putrajaya, Taekwondo Kuala Lumpur, KPNP Malaysia dan Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: