
PASUKAN Indonesia menamatkan kemarau kejuaraan hampir dua dekad untuk merangkul gelaran berprestij Piala Thomas 2020 selepas menewaskan China 3-0 pada perlawanan akhir di Aarhus, Denmark Ahad malam.
Kejayaan tersebut menyaksikan Indonesia muncul pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan ini dengan merakam 14 rekod, dan kali terakhir pada edisi 2002 du Guangzhou, China dengan menewaskan Malaysia (3-2).
Manakala China pula memenangi gelaran juara sebanyak 10 kali.
Pemain perseorangan di ranking kelima dunia, Anthony Ginting mengutip mata pertama Indonesia dengan menyingkirkan pemain ke-27 dunia, Lu Guang Zu 18-21, 21-18, 21-16.
A long wait of nearly two decades ended today for Indonesia 🇮🇩 with the reconquest of the Thomas Cup 🏆 in Aarhus.#ThomasUberCups #Aarhus2020 #RaiseARacket 🏸https://t.co/RhdMw9AqlE
— BWF (@bwfmedia) October 17, 2021
Aksi kemenangan kedua diteruskan dengan beregu ketiga Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menewaskan He Ji Ting-Zhou Hao Dong, 21-12, 21-19.
Manakala Indonesia mengesahkan trofi kejuaraan menjadi milik mereka selepas kemenangan Jonatan Christie ke atas He Shi Feng dengan keputusan 21-14, 18-21, 21-14.
Add Comment