Badminton

Piala Thomas: China-Indonesia bersua di pentas akhir


Pasangan beregu Indonesia menewaskan tuan rumah untuk mara ke final Piala Thomas 2020.

PASUKAN China dan Indonesia akan berentap lagi untuk menjulang trofi Piala Thomas 2020 yang bakal berlangsung hari ini di Arena Ceres, Aarhus Denmark.

Juara bertahan China menempah slot ke pentas akhir buat kali ke-13 selepas menyingkirkan Jepun manakala Indonesia menumpaskan tuan rumah, Denmark.

Pertarungan merebut trofi berprestij ini menyaksikan pertemuan keenam antara kedua-dua pasukan ini selepas China muncul juara pada 1982, 1986 dan 2010, manakala Indonesia pada edisi 1984 dan 2000.

Indonesia merupakan pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Thomas dengan 13 gelaran, tetap tenang walaupun kalah acara perseorangan pertama apabila pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen menyumbangkan mata pertama kepada Denmark dengan mengalahkan Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 21-15.

Beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fenaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo menyamakan kedudukan selepas berhempas pulas mengatasi Astrup-Anders Skaarup Rasmusswen 21-13, 20-21, 21-15.

Pemain di ranking ketujuh dunia Jonatan Christie,24, kemudian meletakkan Indonesia di kedudukan 2-1 selepas menyingkirkan Anders Antonsen 25-23, 15-21, 21-16.

Pasangan beregu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto mengesahkan kemenangan dalam usaha menamatkan kemarau gelaran selama 19 tahun selepas 2002, apabila mengetepikan cabaran Mathias Christiansen-Frederik Sogaard dengan 21-14, 21-14.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading