Badminton

Hantar ubi muda tindakan tepat – Ahmad Faizal


TINDAKAN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar pemain muda bagi menggalas cabaran dalam saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark adalah keputusan yang tepat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, berdasarkan persembahan yang ditunjukkan pemain muda negara mereka menunjukkan semangat juang tinggi sekali gus memberi petanda positif terhadap masa depan sukan badminton Malaysia.

“Apabila mana-mana persatuan sukan menghantar pemain muda untuk memberi pendedahan awal kepada mereka, ini bukan kerana mereka tidak mampu bersaing.

“Kita lihat bagaimana mereka bermain, bukannya mereka kalah mudah. Mereka kalah dengan memberi tentangan sengit, ini bermakna keputusan itu adalah tepat.

“Kita hendak melihat kejayaan yang lebih besar, bukan pada tahun ini. Tiada siapa di Malaysia yang mengharapkan pasukan Piala Thomas pergi untuk membawa balik piala, kita tidak letak sasaran begitu.

“Usaha ke arah itu sedang dibuat, saya memuji usaha yang sedang dilakukan ketika ini,” katanya.

Perjuangan skuad muda negara di Aarhus terhenti di peringkat suku akhir selepas tewas di tangan musuh tradisi, Indonesia 0-3, Sabtu lalu.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: