Bola Sepak

Salah terbaik dunia ketika ini – Klopp


Salah terus membuktikan impaknya buat pasukan dengan kemenangan 5-0 mengatasi Watford malam tadi.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp tanpa berselindung melabelkan penyerangnya adalah pemain terbaik dunia selepas persembahan hebat berdepan Watford malam tadi.

Penyerang kebangsaan mesir itu sekali lagi menampilkan persembahan individu menakjubkan bagi membantu kemenangan 5-0 Liverpool dengan menjaringkan satu gol pada minit ke-54 dan membantu untuk dua lagi gol.

Ujarnya, persembahan Salah sangat hebat selain memainkan peranan untuk gol pertama buat pasukan dan gol keempat jaringannya adalah istimewa.

“Dia berada di tahap terbaik. Kita semua boleh lihat. Siapa lebih baik daripadanya? Kita tidak perlu bercakap apa yang Messi dan Ronaldo sudah lakukan terhadap bola sepak dunia dan dominasi mereka. Tapi ketika ini, dia yang terbaik.” ujarnya dipetik  Sky Sports.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: