Bola Sepak

Kritikan terhadap De Paula, Cheng Hoe tetap tenang


De Paula terus gagal memberikan impaknya selaku pemain naturalisasi pada dua perlawanan persahabatan sebelum ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, tidak berkecil hati atau patah semangat dengan kritikan serta komen daripada pihak tertentu yang mempersoalkan keputusannya menyenaraikan Guilherme de Paula ketika Malaysia dibelasah 0-4 dan 1-5 dalam perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan, baru-baru ini.

Tegasnya, dia perlu berfikiran positif dan sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku termasuklah menerima kritikan pedas daripada pelbagai pihak apabila skuad kebangsaan tewas,” katanya.

“Pemilihan De Paula pada perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan baru-baru ini adalah untuk menguji kemampuannya berikutan ketika ini tiada penyerang tempatan berkebolehan mengisi posisi itu.

“Bagi saya semua pendapat dan kritikan ada betulnya kerana semua orang mahu lihat yang terbaik untuk skuad kebangsaan,” ujarnya.

Selain de Paula, dua lagi pemain naturalisasi negara adalah Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: