Badminton

Piala Uber: Malaysia tewas aksi pertama kepada Denmark

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kisona membuka aksi pertama bertemu pemain tuan rumah bagi aksi Kumpulan D. Foto: BAM

PASUKAN badminton wanita negara tumpas 1-4  kepada tuan rumah Denmark pada aksi pertama Kumpulan D Piala Uber di Aarhus, Denmark Sabtu malam.

Pembuka saingan dengan aksi perseorangan wanita negara S.Kisona bertemu pemain di ranking ke-18 dunia, Mia Blichfeldt.

Ternyata Kisona gagal bertahan dengan serangan Mia berterusan yang menyaksikan dia tewas mudah 11-21, 7-21 dalam tempoh 34 minit.

Aksi kedua negara diteruskan dengan pasangan beregu wanita utama negara Lee Meng Yean-M.Thinaah bertemu Maiken Fruergaard-Sara Thygesen yang menyaksikan permainan diheret ke rubber-set.

Kali ini Thinaah bergandingan dengan kapten Meng Yean selepas pasangan tetapnya Pearly Tan tidak dapat beraksi berikutan kecederaan.

Aksi yang cemerlang ditunjukkan beregu negara yang turut memberi saingan dan tekanan kepada pasangan tuan rumah, namun momentum pada set terakhir permainan memihak kepada Denmark dengan keputusan 19-21, 21-10, 12-21.

Aksi seorang lagi pemain muda berusia 20 tahun negara Eoon Qi Xuan pada perlawanan ketiga memberi sedikit kegembiraan kepada kem negara selepas mencatat kemenangan 18-21, 21-18, 21-15 ke atas Line Christophersen dalam tempoh 1 jam 02 minit.

Mia memberi kemenangan pertama kepada Denmark.

Bagaimanapun, pasangan beregu kedua negara Teoh Mei Xing-Yap Ling gagal menyaingi beregu wanita Denmark, Amalie Magelund-Freja Ravn selepas tewas 13-21, 19-21 dalam tempoh 41 minit.

Aksi terakhir bertemu Denmark ini turut menyaksikan K.Letshanaa tumpas 18-21, 14-21 kepada Line Hojmark Kjaersfeldt.

Secara keseluruhan Denmark berjaya mencatat kemenangan pertama 4-1 ke atas Malaysia.

Esok (Ahad) cabaran lebih sengit bakal dihadapi skuad Piala Uber negara apabila berdepan dengan China sebelum meneruskan aksi terakhir kumpulan menentang Kanada pada Isnin ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: