Badminton

Piala Uber: Qi Xuan akui tak fikir ranking lawan, hanya main ‘all out’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Qi Xuan ketepikan perasaan gemuruh bertemu pemain tuan rumah pada aksi pertama Kumpulan D Piala Uber pada Sabtu. Foto: BAM

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN badminton perseorangan wanita negara Eoon Qi Xuan berkongsi pengalaman kemenangannya ke atas pemain Denmark pada aksi Piala Uber di Aarhus, Denmark pada Sabtu.

Pemain muda berusia 20 tahun kelahiran Perak ini tampil pada aksi ketiga dengan penuh berani menentang pilihan tuan rumah, Christophersen Line yang berada di ranking lebih baik ke-27 dunia ketika ini.

Manaka Qi Xuan yang berada di ranking ke-123 dunia tidak menjadi kedudukannya sebagai penghalang untuk dia membuktikan kemampuan mencatat kemenangan 18-21, 21-18 dan 21-15.

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Uber: Malaysia tewas aksi pertama kepada Denmark

“Selepas kalah permainan pertama, saya tak fikir banyak dan terus berikan ‘all out’ pada set kedua dan ketiga.

 

“Ada sedikit ‘nervous’ kerana ranking dia lebih tinggi daripada saya, tetapi ia tidak memberi tekanan.

“Ini kerana saya mempunyai rakan-rakan sepasukan yang ada di belakang saya memberi sokongan,” kongsinya.

Pada aksi pertama Kumpulan D, Malaysia terpaksa aksur tewas kepada Denmark yang mencatat empat kemenangan, manakala pasukan negara hanya meraih satu mata menerusi Qi Xuan.

Skuad Piala Uber negara bakal menerusi aksi kedua kumpulan bertemu pesaing sengit, China pukul 7.30 malam ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: