
PENGENDALI skuad kebangsaan Belgium, Roberto Martinez tidak pernah sesekali memikirkan bersedia menggalas tanggungajwab membimbing Barcelona.
Walaupun antara nama yang paling teratas bagi menggantikan Ronald Koeman seandainya pengendali Barca itu dipecat, Martinez lebih cenderung untuk meneruskan jawatan hakikinya.
“Saya tidak pernah memikirkannya. Pendapat saya akan sangat tidak selaras,” jelasanya.
Gergasi La Liga itu kini berada dalam prestasi buruk dan dikhabarkan bakal memecat Ronald Koeman dengan beberapa nama menjadi perhatian selain Martinez iaitu Xavi Hernandez, Antonio Conte dan Andrea Pirlo.
Add Comment