Bola Sepak

Natxo Insa lanjut kontrak bersama JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Insa bersama Mora (kiri) selepas menandatangani kontrak sambungan bersama JDT. Foto JDT

Oleh: JJFIRDAUS

PEMAIN tengah berpengalaman, Natxo Insa menandatangani kontrak baharu selama setahun untuk terus kekal bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) buat tahun keenam untuk musim 2022 .

Pengumuman lanjutan kontrak itu dilakukan di Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri pada Rabu dan diumumkan secara rasmi oleh laman sosial rasmi kelab yang turut disaksikan oleh Pengarah Teknikal, Alistair Edwards dan Ketua Jurulatih, Benjamin Mora.

Insa yang dibawa ke JDT pada 2017 dari kelab Liga Sepanyol, Levante adalah pemain kacukan yang memainkan peranan penting dalam membawa JDT menjadi juara Liga Super dan juga menjuarai Piala Malaysia.

Insa sambung kontrak setahun lagi bersama JDT. Foto: JDT

Ketenangan pemain ini mengawal barisan tengah JDT dilihat membantu Harimau Selatan untuk beraksi cemerlang baik di peringkat domestik mahupun di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC.

Ini adalah pemain kedua yang dilanjutkan kontrak selepas Shane Lowry diumumkan akan kekal di JDT selama dua tahun lagi. Selamat maju jaya buat Natxo Insa.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: