Bola Sepak

Faiz Subri anggap rancangan ke Hungary sudah berakhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Faiz menerima Anugerah Puskas selepas jaringannya dianggap melanggar hukum fizik 2016.

 

PEMENANG Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016 Mohd Faiz Subri terpaksa melupakan hasrat berkelana ke luar negara bagi menggalas jawatan sebagai jurulatih teknikal pasukan Teqball Hungary.

Tanpa menamakan mana-mana pihak yang bertanggungjawab, pemain berusia 33 tahun itu berkata rundingan mengenai jawatan tersebut yang bermula sejak tahun lepas tidak diteruskan.

“Setakat ini tiada perbincangan lanjut mengenai tawaran (jurulatih teknikal pasukan Teqball Hungary) dan saya anggap ia telah berakhir,” kata bekas pemain Pulau Pinang itu ketika dihubungi Bernama.

Aksi Faiz ketika bersama pasukan Pulau Pinang.

Pada Disember 2020, Mohd Faiz yang ketika itu bersama pasukan Liga M3 Northern Lions Football Club (NLFC), ditawarkan jawatan berkenaan dan perlu mempertimbangkan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.

Bagaimanapun, tiada sebarang keputusan dibuat sehinggalah dia menandatangani kontrak dengan pasukan Liga M3 Kuala Kangsar FC (KKFC) pada Mac lepas, namun Liga Bola Sepak Amatur (AFL) dibatalkan baru-baru ini susulan pandemik Covid-19.

Sebagai rekod, Mohd Faiz juga merupakan pemain Asia pertama menerima anugerah Puskas sebelum bintang Tottenham Hotspur dari Korea Selatan Son Heung-min dinobatkan sebagai pemenang bagi 2020.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: