Lain-Lain

Ahmad Faizal seru semua atlet gandakan usaha menjelang temasya penting 2022


Ahmad Faizal bersama atlet-atlet negara pada sesi perjumpaan di Majlis Sukan Negara pada Rabu.

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap semua atlet menggandakan usaha untuk memastikan keputusan lebih baik menjelang beberapa acara sukan besar yang bakal berlangsung dalam kalender sukan tahun hadapan.

Ahmad Faizal yang mengadakan perjumpaan bersama atlet-atlet negara di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Rabu memberitahu, kejayaan di pentas Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini masih segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Namun, beliau turut mengingatkan bahawa tahun 2022 bakal menyaksikan beberapa temasya sukan yang tidak kurang pentingnya.

Ahmad Faizal diiringi Ketua Pegarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail ketika tiba sesi perjumpaan bersama atlet-atlet negara di MSN pada Rabu.

“Untuk meneruskan kecermelangan sukan negara, program penyediaan atlet ke Sukan Komanwel Birmingham, Sukan Asia dan Sukan Para Asia dia Hangzhou telah pun bermula.

“Sukan Komanwel 2022 Birmingham akan menjadi penanda aras kepada atlet negara sebelum menyertai Sukan Asia. Semestinya kita mahu melihat keputusan yang lebih cemerlang berbanding temasya sebelum ini di Gold Coast apabila kita menamatkan kedudukan ke-12 keseluruhan dengan meraih tujuh pingat emas, 5 perak dan 12 gangsa.

“Mananakala pada Sukan Asia kita meraih tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa dan sudah pasti kita mahu perbaiki keputusan yang lebih baik.

“Begitu juga dengan Sukan Para Asia yang tidak mustahil untuk meraih kejayaaan yang lebih gemilang sekaligus memperbaiki keputusan cemerlang di Jakarta, Indonesia pada 2018 di mana mereka berjaya membawa pulang 17 pingat emas, 26 perak dan 25 gangsa,” jelasnya.

Ahmad Faizal meminta semua atlet menggandakan usaha untuk kejayaan lebih cemerlang tahun depan.

Ahmad Faizal berkata, tempoh yang singkat sebelum tirai Sukan Komanwel bermula, semua atlet perlu menggandakan usaha untuk keputusan yang lebih cemerlang.

“Saya yakin dan percaya anada semua mampu mencipta detik-detik kejayaan yang lebih manis dalam mengharungi cabaran yang mendatang.”

Sukan Komanwel Birmingham akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022, diikuti Sukan Asia Hangzhou 10 September hingga 25 September 2022, dan Sukan Para Asia 9 hingga 15 Oktober 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading