EPL

Ronaldo luar biasa ledak dua gol, United benam The Magpis 4-1

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ronaldo tidak mengambil masa lama merekodkan gol untuk United pada aksi bertemu Newcastle Sabtu malam.

PENGENDALI Manchester United Ole Gunnar Solskjaer tidak mengambil masa panjang meletakkan pemain sensasi Cristiano Ronaldo dalam sebelas pemain utama bertemu Newcastle di Old Trafford Sabtu malam.

Walaupun hanya berlatih lebih kurang seminggu bersama pasukan, Ronaldo tidak perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang lain apabila menampilkan aksi penuh bertenaga dengan dua percubaan dalam tempoh 20 minit permainan.

Bahagian pertahanan lawan terpaksa bekerja lebih keras mengawal permainan, namun Ronaldo membuktikan sentuhannya masih berbisa seperti musim 2003-2009 ketika bersama kelab ini.

Ronaldo menjadi tumpuan pada aksi pertamanya di Old Trafford selepas 12 tahun.

Bekas pemain Real Madrid dan Juventus berusia 36 tahun ini berjaya merakam gol pertamanya pada minit terakhir separuh masa pertama.

Kehadiran penyokong tuan yang memenuhi stadium ternyata begitu teruja untuk melihat bintang Portugal ini kembali menyarung jersi United buat kali kedua selepas 12 tahun.

Namun pada babak kedua permainan, Man United dikejutkan dengan jaringan The Magpies menerusi Javier Manquillo minit ke-56.

Lapan minit kemudian, Ronaldo menambah satu lagi jaringan menyaksikan dia merakam gol ke-120 untuk United keseluruhannya.

Tidak berhenti di situ, United terus menambah jaringan menerusi Bruno Fernandes minit ke-80, manakala Jesse Lingard menambah gol keempat sebelum wisel akhir dibunyikan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: