Semasa

Badang negara tidak setuju cadangan PABM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Roswadi menyifatkan cadangan PABM adalah keputusan yang tidak tepat.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS atlet angkat berat lelaki negara, Roswadi Abdul Rashid nyata tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang berhasrat membubarkan skuad kebangsaan ekoran dua atlet mereka dikesan positif bahan terlarang jenis anabolic steroid.

Roswadi yang juga bekas pemenang pingat gangsa pada Komanwel 2002 dan 2006 bagi kategori 62 kilogram berkata, PABM seharusnya memikirkan langkah drastik yang boleh dikenakan ke atlet dan bukannya yang membawa kepada pembubaran skuad kebangsaan.

“Kami rasa kecewa kerana dalam tempoh lima tahun ini sekurang-kurangnya 10 atlet angkat berat dikesan postif doping, sesuatu yanglebih drastik perlu dilakukan dengan menggubal undang-undang atau akta yang lebih ketat ke atas atlet yang didapati bersalah.

“Jika sebelum ini hukuman maksimun adalah empat tahun mungkin hukuman lebih ketat termasuklah penggantungan selama enam atau lapan tahun malah lebih baik seumur hidup.

“Tiada maaf bagi kesalahan kedua, ini yang perlu dilakukan PABM, menggubal akta baharu, bukannya mencadangkan skuad kebangsaan dibubarkan,” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan, sebentar tadi.

Tambah Roswadi, kaedah memujudkan akta atau undang-undang baharu ini pastinya perlu mengambil kira pandangan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dan inilah sewajarnya peranan PABM.

“Kaedah berlembut telah dilaksanakan tetapi kes masih berlaku lagi, PABM kena tengok dari segi bab perundangan, mungkin dimasukkan kesalahan penggunaan doping di bawah Akta Dadah Berbahaya.

“Fenomena penggunaan dadah dikalangan atlet angkat berat kini boleh dikatakan sudah menjadi trend , jadi PABM perlu atasi punca masalah dan bukannya hukum atlet secara menyeluruh.

“Umpama kalau pokok dia ada dahan-dahan, jadi jika salah satau atau dahan yang rosak atau parasit itu perlu dibuang dan bukannya pokok itu dimusnahkan,” katanya.

Hidayat (kiri) dan Sharifah Inani (tengah) turut bersependapat dengan Roswadi tiada keperluan skuad kebangaan dibubarkan.

Selain Roswadi turut sama tidak bersetuju dengan cadangan PABM adalah pemenang tiga pingat emas Sukan Komanwel 1998, Muhammad Hidayat Hamidon dan atlet angkat berat wanita negara, Sharifah Inani Najwa Syed Anuar.

Terdahulu MSN menyokong perancangan PABM untuk membubarkan skuad kebangsaan selepas dua atlet mereka dikesan positif bahan terlarang jenis anabolic steroid.

Tindakan itu sebagai langkah terakhir bagi membendung penularan gejala itu dalam skuad negara, sekali gus mengelakkan sukan angkat berat di Malaysia berisiko lumpuh untuk jangka masa panjang.
Dua atlet angkat berat negara berkenaan, termasuk pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Azroy Hazalwafie dan Izhar Ahmad, didapati terlibat dengan penggunaan bahan terlarang dan boleh dikenakan penggantungan maksimum selama empat tahun sekiranya didapati bersalah.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: