Lain-Lain

Perginya ikon negara…

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: MOHD FARIQ

PENULIS ingin merakamkan kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid diatas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021, jam 1.40 pagi.

Penulis, yang megenali arwah sejak awal 90an, cukup mengagumi Allahyarham yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 di mana beliau merupakan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sepanjang dalam perkhidmatan.

Apa yang pasti, pemergian Allahyarham yang pernah dilantik Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia , Yang Di Pertua Kriket Melayu Malaysia dan juga Pengerusi Professional Golf Malaysia, menjadi kehilangan besar untuk negara selepas jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.

Allahyarham juga merupakan Chef de Mission kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik London 2012.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama para solihin.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: