Antarabangsa

Haaland tewaskan Mbappe dan Lewandowski

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Haaland menepati ramalan untuk merangkul gelaran penyerang terbaik.

PEMAIN Borussia Dortmund, Erling Haaland dinobatkan sebagai penyerang terbaik dalam Liga Juara-Juara 2020/21 meninggalkan jauh Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) dan Robert Lewandowski (Bayern Munich).

Menerusi pemilihan ini, Haaland mendapat markah keseluruhan 202 mata. Mbappe di tempat kedua dengan 154 mata, diikuti oleh Lewandowski dengan 104 mata.

Pemilihan Haaland sememangnya sudah diramalkan memandangkan pemain berusia 21 tahun itu berjaya menjadi penjaring terbanyak musim lalu dengan 10 gol.

Angka itu dicapai dengan bermain hanya 705 minit semasa pertandingan, kerana perjalanan Dortmund dihentikan pada peringkat suku akhir.

Sementara itu, Mbappe hanya menjaringkan 8 gol, walaupun dia bermain lebih banyak minit memandangkan PSG mara ke separuh akhir. Sementara Lewandowski hanya menjaringkan 5 gol musim lalu.

Haaland juga gembira dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya namun lebih suka melihat perjalanan seterusnya dan akan berusaha lebih baik lagi.

“Saya berbesar hati menerima anugerah ini. Terima kasih kepada rakan-rakan saya, dan juga mereka yang terus menyayangi dan menyokong saya.

“Anda semua telah menyumbang. Sekarang adalah masa untuk memulakannya lagi,” tulis Haaland di media sosialnya.

Penilaian yang dilakukan oleh 32 jurulatih pasukan yang menyertai Liga Juara-Juara musim lalu dan 55 wartawan dipilih dari 55 negara anggota UEFA, setiap juri memilih tiga pemain terbaik pilihan mereka.

Bravo, Haaland!


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: