Bola Sepak

Odisha FC sah ikat Liridon


Liridon kini beraksi di India. Foto: Instagram Mat Don

Oleh: JJFIRDAUS

KELAB Liga Super India, Odisha FC mengesahkan sudah menandatangani pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi secara pinjaman untuk menghadapi musim 2021-2022.

Liridon berkata, dia gembira untuk menyertai Odisha FC dan teruja untuk memulakan perjalanan kerjayanya India.

“Saya juga berharap saya akan mempunyai musim yang hebat dibawah kendalian jurulatih Kiko Ramirez.

“Saya tidak sabar untuk bermula dan berjumpa dengan teman sepasukan di OFC. Kami akan cuba memberikan kegembiraan kepada penyokong Odisha untuk musim baharu ISL ini.”

 

Ketua Jurulatih OFC,  Ramirez pula menjelaskan bahawa Liridon akan memberikan pasukan karektor, sikap dan intensiti.

“Beliau adalah pemain yang mempunyai fizikal yang tinggi dengan teknik yang baik.

“Beliau juga adalah ‘box-to-box midfielder’ yang boleh membantu kami ketika menyerang dan bertahan serta mampu memberikan tenaga yang diperlukan pasukan untuk 90 minit,” jelas Ramirez.

Memetik pula kata-kata Presiden Kelab Odisha FC, Mr. Raj Athwal yang gembira mengalu-alukan kedatangan pemain antarabangsa Malaysia ini ke kelab Odisha FC.

Katanya, Liridon adalah pemain tengah yang mampu bertahan sekaligus menambah kualiti skuad kami.

DalaJDT juga telah mengesahkan perpindahan ini menerusi kenyataan media yang diumumkan oleh Pengarah Sukan mereka, Martin Prest di laman sosial rasmi kelab.

JDT juga menyatakan bahawa Odisha FC yang berpangkalan di Bubaneshwar itu mempunyai klausa pembelian di sepanjang tempoh pinjaman berlaku.

Selamat maju jaya buat Mat Don di India.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d