
Oleh : SUBKHI SUDARJI
KETUMPULAN jenteran serangan memastikan Kelantan United FC tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC pada aksi di laman sendiri, petang semalam.
Ketua jurulatih, Nazrulerwan Makmor bagaimanapun tetap bangga dengan corak permainan anak buahnya walau gagal mengutip mata keatas pasukan pelawat.
“Pertama sekali, saya bangga dengan pemain saya. Kami menguasai 90 minit masa perlawanan tapi terus terang saya cakap, saya tidak mahu berselindung, kami tiada penyudah tulen”.
“Dalam bola sepak kalau tidak menjaringkan gol, maka keputusan tidak akan menyebelahi kami”, jelasnya lagi.
“Pada babak pertama, kami ada beberapa peluang ‘clear’ gol namun seperti saya beritahu, jika tidak menjaringkan gol. Itulah bola sepak,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.
Pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, petang semalam, gol sepakan penalti Zaquan Adha dan pemain import, Francis Kone pada hujung perlawanan memberikan Negeri Sembilan kemenangan mutlak mengatasi Kelantan United FC.
Add Comment