Oleh: JJFIRDAUS
PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan kepada pengikut laman Instagramnya bahawa isu Syafiq Ahmad sudah dianggap selesai.
Syafiq Ahmad kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila telah membuat hantaran di laman Twitternya bahawa dia ‘seronok melihat rakan-rakan bermain bola’ dan telah mendapat perhatian TMJ.
Tunku Ismail telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial rasmi kelab menyatakan bahawa di JDT persaingan sudah menjadi kelaziman di kelab itu dan pemain yang terbaik pasti akan mendapat minit permainan.
Terdahalu, Syafiq juga sudah mengeluarkan kenyataan maaf juga menerusi hantaran di media sosial miliknya.
Namun isu ini sudah dianggap selesai apabila TMJ memuat naik hantaran terbaharu di Instagram menyatakan bahawa beliau sudah bercakap sendiri dengan Syafiq.
“Syafiq Ahmad akan bermain apabila dia ready, angkat piala dan ‘bakar mercun’. The End,” tulis TMJ.
Nampaknya isu ini berjaya diselesaikan secara profesional antara kedua-dua majikan dan pemain.
Semoga isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana kita semua tahu betapa hebatnya Syafiq beraksi di atas padang.
Add Comment