Bola Sepak

Lang Merah perlu bangkit raih kemenangan


Aidil Shahrin mahu pemainnya bangkit meraih kemenangan pada aksi menentang Penang FC, malam ini.

KEDAH Darul Aman FC seharusnya meraih tiga mata penuh pada aksi menentang Penang FC di Stadium Darul Aman, malam ini seandainya ingin terus bersaing dalam kelompok empat terbaik Liga Super 2021.

Perbezaan mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim sememangnya ketara walaupun sebelum saingan skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak dilihat antara pencabar utama penyandang juara tujuh kali berturut-turut itu.

Menghuni tangga ke empat dengan kekurangan empat perlawanan dan dibezakan tiga mata dengan Selangor FC yang telah melalui 18 perlawanan dan berada di kedudukan ketiga, hanya kemenangan akan memberikan kelebihan buat mereka.

Tewas 2-4 pada aksi menentang Selangor FC, Jumaat lalu barisan pemain Lang Merah seharusnya bangkit membuktikan keazaman mereka untuk terus bersaing.

Bakal beraksi tanpa pertahanan import, Renan Alves yang menerima kad merah tempoh hari, Aidil Shahrin pastinya memiliki pengganti sesuai menggalas tanggungjawab tersebut.

Ketiadaan tiga tonggak utama Penang FC, Ryuji Utomo (pertahanan), Khairu Azrin Khazali (tengah) dan Casagrande (penyerang) ekoran penggantungan seharusnya dimanfaatkan Kedah.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: