
BEKAS juara UFC Khabib Nurmagomedov kini beralih arah ke acara bola sepak selepas sepuluh bulan bersara dari dunia seni bela diri campuran (MMA).
Jaguh dunia acara ‘lightweight’ itu memilih bola sepak, acara kegemarannya selepas MMA menganggap Cristiano Ronaldo sebagai idolanya untuk mencuba nasib dalam bidang ini.
Khabib menandatangani kontrak bersama kelab divisyen tiga Rusia, FC Legion Dynamo yang menamatkan saingan di tempat keempat musim lalu.
“Saya sudah melihat Khabib sebagai penyerang berbisa. Dia mempamerkan kejutan dengan memahami bola sepak dan menunjukkan perkembangan,” jelas satu kenyataan kelab.
Januari lalu, Khabib memberi bayangan untuk melibatkan diri dalam bola sepak.
“Bersedia untuk membuat penampilan pertama bermain bola sepak. Saya pemain bebas dan bersedia untuk menerima tawaran.

“Bagi saya bola sepak sama seperti bola keranjang. Saya membesar dengan menontonnya dan masih ingat ketika melihat Ronaldo ssebelum Cristiano.”
Sebelum bersara Khabib menewaskan Justin Gaethje pada Oktober 2020 selepas mengalahkan seteru utamanya Conor McGregor sekaligus mempertahankan kejuaraan empat kali.








Add Comment