Bola Sepak

Sunil beri tiga mata buat PJ City FC


Pasukan PJ City FC meraih tiga mata penuh ke atas Sabah. Foto: MFL

Oleh: JJFIRDAUS

PETALING Jaya City FC berjaya memungut tiga mata penuh selepas gol minit akhir Sunil Chandran berjaya menewaskan Sabah 1-0 sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Super.

Ketika perlawanan hampir menuju ke penghujung dengan Sabah dilihat bakal membawa pulang satu mata ke Likas, rembatan dari luar kotak penalti oleh Sunil gagal ditangkap kemas Robson Rendy dan bola bergolek ke dalam gawang.

Kemenangan ini pastinya menjadi tonik terbaik buat PJ City yang beraksi tanpa pemain import dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pemain tempatan.

Kekecewaan pula jelas terpancar di wajah Kurniawan Dwi Yulianto yang pastinya merasa Sabah dirompak satu mata kerana kelekaan saat akhir yang membawa padah.

Setelah berehat hampir dua bulan kerana memberi ruang kepada aksi pasukan kebangsaan dan Liga Juara-Juara AFC, kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan penuh semangat tetapi dihampakan penyudah yang tumpul.

P Maniam terpaksa melakukan beberapa pertukaran untuk mengubah corak serangan dan akhirnya membuahkan hasil.

Kemenangan ini meletakkan PJ City di tangga ketujuh liga dengan 18 mata dua mata mengatasi Sabah di tangga kelapan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading