Badminton

Isteri Misbun Sidek meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Foto: Facebook

ISTERI Pengarah Teknikal Skuad Remaja negara, Datuk Misbun Sidek, Datin Latifah Sidek dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.

Sebelum ini dilaporkan minggu lalu Allahyarham Latifah dimasukkan ke hospital kerana positif Covid-19.

Bagaimana pun Misbun dan anak-anaknya yang tinggal serumah tidak dijangkiti virus berkenaan.

Berita duka ini turut dikongsi di Facebook Majlis Sukan Negara (MSN) selepas arwah meninggal dunia pada jam 8.15 malam tadi.

“Dukacitanya dimaklumkan Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Sama-samalah kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang disayangiNya. Takziah buat Datuk Misbun,” kata MSN menerusi status yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

 

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziahnya menerusi di akaun Twitter miliknya.

“Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan dalam kalangan para Solehah. Al-Fatihah,” kata Norza.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: