Bola Sepak

Hadi Fayyadh kekal sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Okayama


Hadi Fayyadh dilantik kali kedua sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Okayama 2021.

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN tinggi lampai negara yang berkelana di Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak sekali lagi dilantik sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Okayama buat kali kedua tahun ini.

Pemilihan Hadi Fayyadh,21, sebagai duta itu sempena satu program kerjasama di antara Bandar Okayama, Bandar Maniwa, Bandar Kibi-Chuo serta kelab Fagiano Okayama bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Okayama yang mesra kepada pengunjung Muslim dari Malaysia.

Hadi Fayyadh beraksi bersama Azul Claro Numazu sebagai pemain pinjaman musim ini. Foto: Instagram HadiFayyadh

Dan ternyata pelantikannya sebagai duta itu disifatkan satu penghormatan buat negara selain turut bergelar duta produk Minuman Probiotik terkemuka dunia, Yakult di Malaysia sejak tahun 2018.

“Saya dengan bangga mengumumkan bahawa telah dilantik sekali lagi sebagai duta pelancongan Okayama tahun ini.

“Terima kasih Bandar Okayama kerana memberi peluang yang indah ini dan bersyukur dengannya. Saya sangat gembira untuk terus menerokai Wilayah Okayama.

“Saya harap lebih ramai lagi yang datang melawat wilayah ini serta menerokai keindahan pemandangan, tradisi dan budaya dan tempatan,” kongsi Hadi Fayyadh di laman Instagramnya.

Hadi Fayyadh berkelana di Okayama sejak tahun 2019.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur ini mencatat sejarah  apabila di lantik sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Okayama oleh Datuk Bandar Okayama sekaligus menjadi pemain bola sepak Malaysia yang pertama mendapat pengiktirafan itu.

Malah Okayama sudah dianggap rumah keduanya dan pelbagai pengalaman dikutip untuk menjadikannya sebagai pemain bola sepak yang lebih baik.

Hadi Fayyadh bersama kelab Liga Jepun 2, Fagiano Okayama kini beraksi secara pinjaman bersama Azul Claro Numazu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: