Bola Sepak

Bekas pemain B19 beri impak buat KUFC


Evan (kiri) tampil pada aksi pertama dalam aksi latihan menentang Penang FC.

BEKAS pemain skuad bawah 19 tahun (B19) Evan Wensley Wenceslaus yang dibawa masuk menyertai Kelantan United FC secara pinjaman dari Sabah FC memberikan impak buat pasukan pada perlawanan latihan menentang Penang FC, Rabu lalu.

Evan Wesley tampil dengan aksi mengagumkan pada penampilan sulung dengan beraksi selama 63 minit sudah cukup untuk menerima pujian pengurus pasukan, Datuk Zamri Ismail.

Beraksi diposisi pertahanan kanan, ternyata dia berjaya menunjukkan persembahan terbaik ketika menghadang setiap asakan kelab dari Liga Super itu yang diketuai penyerang import, Sheriddin Boboev.

Pemain ini jelas memanfaatkan masa latihan untuk mencipta keserasian selain berkomunikasi dengan baik bersama pertahanan lain seperti Shuhei Fukai dan Hariz Kamaruddin untuk membentuk gandingan mantap.

Selain Evan yang beraksi beraksi, KUFC juga menurunkan pemain lain yang dibawa masuk pada perpindahan kedua seperti Ariusdius Jais, Shafizi Iqmal serta Zafuan Azeman turut dapat disaksikan pada perlawanan dengan kelab dari Utara itu.Mereka juga beraksi baik dan turut membantu pasukan melancarkan gerakan merbahaya kearah kubu pasukan lawan.

Selepas ini, Sang Kijang Hijau akan bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak melawan Terengganu FC pada 18 Julai sempena persiapan akhir mereka sebelum turun aksi Liga Premier menentang PDRM FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: