GABRIEL Jesus dipastikan terlepas untuk perlawanan akhir Copa America 2021 antara Argentina dan Brazil pada pagi Ahad ini.
Penyerang Brazil itu dikenakan hukuman kad merah kerana tendangan kungfunya pada saingan suku akhir semasa menentang Chile.
Pemain Manchester City itu melakukan kekasaran terhadap Eugenio Mena, selepas mengangkat kaki tinggi ke atas dan terkena muka Mena.
Memetik laporan AP, Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) kini mengesahkan bahawa Gabriel Jesus dilarang bermain sebanyak dua perlawanan, sekali gus terlepas final Copa America 2021, untuk pertemuan Argentina dan Brazil.
Pada peringkat separuh akhir semalam, posisi Gabriel Jesus dalam skuad Brazil digantikan oleh Everton.
CONMEBOL juga mendenda USD 5,000 buat Gabriel Jesus atas insiden tersebut. Pasukan kebangsaan Brazil juga tidak dibenarkan untuk merayu keputusan ini.
Gabriel Jesus menerusi hantaran di Instagram , sudah meminta maaf dan mendakwa tendangan itu adalah tidak disengajakan.
“Larangan bermain dua perlawanan tanpa rayuan ? Selamat, CONMEBOL. Anda tidak melihat dengan tepat,” katanya.
Untuk rekod, Gabriel Jesus, satu-satunya pemain yang sudah menerima dua kad merah sejak Brasil dikendalikan Tite. Juara bertahan itu akan menghadapi musuh abadi sepanjang zaman, Argentina pada aksi final Copa America 2021 di Maracana pada pagi Ahad ini.
Add Comment