Lain-Lain

Status PKPD tidak jejas persiapan atlet Olimpik 2020


Reezal menyifatkan gelembung sukan yang diperkenalkan kepada atlet dilihat berkesan.

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan status perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor dan ibu negara tidak menjejaskan persediaan atlet merangkumi latihan dan program untuk mereka.

Ujarnya, ketika ini atlet yang berkampung di Majlis Sukan Negara (MSN) akan dikawal lebih ketat merangkumi pergerakan mereka menerusi gelembung sukan yang diperkenalkan untuk atlet ketika ini dilihat berkesan dalam mengekang penularan pandemik itu.

“Keselamatan semua atlet terutama yang akan berlepas ke Tokyo diutamakan sekali gus tidak menjejaskan perancangan mereka dalam misi memburu pingat.

“Status PKPD di beberapa kawasan tidak menjejaskan persediaan dan latihan atlet kerana mereka semua berada dalam gelembung sukan.

“MSN akan perketatkan lagi kawalan terutama atlet yang akan berangkat ke Olimpik dengan keutamaan ketika sebelum dan ketika mereka berada di Tokyo kerana kami tidak mahu nanti pandemik Covid-19 yang menjadi penghalang untuk mereka beraksi di sana,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading