Badminton

Trofi juara beregu lelaki Antarabangsa Sepanyol milik Wei Chong-Kai Wun

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Foto: Petaling BC

 

GANDINGAN muda Man Wei Chong-Tee Kai Wun memastikan skuad negara pulang dengan tiga gelaran apabila muncul juara beregu lelaki Kejohanan Antarabangsa Sepanyol.

Wei Chong-Kai Wun menang 21-15, 21-18 ke atas lawan dari Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar, bagi melengkapkan malam gemilang buat skuad negara.

Kemenangan ini juga membolehkan Kai Wun meraih gelaran keduanya malam ini selepas muncul juara beregu campuran bersama Teoh Mei Xing. Satu lagi gelaran diraih S Kisona dalam acara perseorangan wanita.

Kejayaan di final ini menyaksikan Wei Chong, yang genap berusia 22 tahun pada September, dan Kai Wun, 21, langsung tidak mencicirkan sebarang set sejak pusingan kedua selepas mendapat bye di pusingan pertama.

Ini juga gelaran antarabangsa kedua buat Wei Chong-Kai Wun dalam tempoh tiga bulan selepas menjuarai Terbuka Poland, Mac lepas.

Keputusan penuh:

Perseorangan lelaki: Pablo Abian (ESP) mn Jan Louda (CZE) 22-20, 20-22, 21-14

Perseorangan wanita: S Kisona (MAS) mn Goh Jin Wei (MAS) 21-14, 21-19

Beregu wanita: Alyssa Tirtosentono-Imke Van Der Aar (NED) mn Paula Lopez-Lorena Usle (ESP) 21-11, 21-19

Beregu lelaki: Man Wei Chong-Tee Kai Wun (MAS) mn Lucas Corvee-Ronan Labar (FRA) 21-15, 21-18

Beregu campuran: Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing (MAS) mn Callum Hemming-Jessica Pugh (ENG) 21-15, 13-21, 21-19


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: