Badminton

Kisona jinakkan Jin Wei di final Antarabangsa Sepanyol

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kisona menumpaskan rakan senegara untuk merangkul gelaran juara Antarabangsa Sepanyol 2021.

PEMENANG pingat emas Sukan Sea 2019, S Kisona membuktikan kemampuan sebenar dirinya apabila menjuarai acara perseorangan wanita Kejohanan Antarabangsa Sepanyol.

Kemenangan ke atas juara remaja dunia 2015 dan 2018, Goh Jin Wei 21-14, 21-19 di final sememangnya cukup bermakna buat dirinya, bukan sekadar menutup kehampaan tersingkir seawal pusingan pertama di All England, Mac lalu.

Sebaliknya, kemenangan Kisona, 22, memberi kesempatan untuknya membuktikan dia layak dianggap pemain terbaik dalam skuad wanita negara ketika ini selepas kerap dibayangi reputasi Jin Wei.

Ranking dunianya pada kedudukan 61, menunjukkan dia di belakang Soniia Cheah di tangga ke-35, namun Soniia sudah digugurkan daripada skuad negara Februari lalu. Jin Wei pula kini menduduki ranking ke-128.

Kemenangannya ini turut membuktikan kejayaan menundukkan Jin Wei di Thailand Masters pada 2018, bukan sekadar nasib dan kini melebarkan rekod pertemuan mereka pada 2-0.

Bagi Jin Wei, 21, laluannya masih berliku untuk mencari gelaran pertama di pentas senior.

Kali terakhir dia melakukannya adalah di Sukan Sea 2017 walaupun layak dalam dua final lain di tahun yang sama iaitu di Kejohanan Antarabangsa Singapura dan Terbuka Taiwan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: