Badminton

Kai Wun-Mei Xing rangkul juara beregu campuran Antarabangsa Sepanyol

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

GANDINGAN Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing mencipta kejutan apabila muncul juara beregu campuran di Kejohanan Antarabangsa Sepanyol, malam ini waktu Malaysia.

Segalanya menjadi buat pasangan yang baru digandingkan itu, apabila menjinakkan pilihan ketiga, Callum Hemming-Jessica Pugh dari England 21-15, 13-21, 21-19 dalam aksi final yang berlangsung selama 50 minit.

Ini juga adalah kali pertama Kai Wun-Mei Xing mencicirkan set selepas menang dengan straight game dalam empat perlawanan mereka dalam laluan ke final kejohanan ini.

Kejayaan ini pasti sesuatu yang melegakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mengisi kekosongan dalam acara beregu campuran selepas menggugurkan beberapa pemain senior kategori ini awal tahun ini.

Sebelum ini, satu lagi pasangan baru, Choong Hon Jian-Teoh Ee Wei turut cemerlang menjuarai tiga kejohanan yang disertai mereka sejak digabungkan Feb lepas iaitu di Terbuka Poland, Antarabangsa Slovenia dan Terbuka Austria.

Awal Februari lalu, BAM menggugurkan lima pemain termasuk tiga daripada acara beregu campuran iaitu Goh Soon Huat, Shevon Lai dan Lai Pei Jing.

Namun, gandingan Pei Jing, Tan Kian Meng kemudian memutuskan untuk keluar daripada skuad negara untuk kekal bersama pasangannya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: